Friday 12 June 2009

Bye-bye Cristiano Ronaldo...

Picture courtesy of Manutd.com
I just heard the news from my colleague yesterday late evening that Manchester United has accepted an £80m (RM465m) offer from Real Madrid for Cristiano Ronaldo. This transfer fee will be a world record surpassing Zinedine Zidane £63m move also to Real Madrid from Juventus in 2001. According to the news revealed in ManUtd.com, the team official website, the transfer will be concluded by 30 June 2009 and there will be no further comments relating to this matters until further notice.

I feel that it is timely for United to let Ronaldo go considering his sulking reactions and deep of forms (relatively to his own standard) in recent months and cash in as much as they can while his value is still soaring. It was a good investment for United as he was signed from Sporting Lisbon for £12.24m in 2003. Since his first debut against Bolton in 16 August 2003, he has constributed 118 goals in all competitions and his highest achievement with United was lifting the Champions League trophy in 2008 in Moscow, albeit he missed the penalty in the lottery shootout. He has received many accolades and honours from fellow players and journalist. The climax was when he was named FIFA Wold Player of the Year in January 2009 and became the first Devil to win the award.

So, what's next in the mind of Sir Alex Ferguson. With Tevez looked certain to leave Old Trafford, there are rumours that Bayern Munich's Frank Ribery and Wigan's Antonio Valencia as the potential replacement. With the money coming from Ronaldo's transfer fee, I believe Sir Alex should also further strengthen the central midfield which was almost non-existence during the 2009 Champions League Final against Barcelona. This is the area I think will cause the most headache to Sir Alex. Also, the gaffer should consider buying more lethal striker in the like of Karim Benzema of Lyon or Madrid's Klaas-Jan Huntelaar. I wish this will be done very soon before Man United Asian Tour to Malaysia on 18/7/09 so that we can watch the new look United first hand. And we shall wait and see...

Tuesday 9 June 2009

Work trip to Kota Kinabalu, Sabah, Negeri Di bawah Bayu...Final Part

Sambungan ke 3
Dah puas shopping, cepat2 kami cabut g Tanjung Aru. Dalam 5km dari City Centre. Kebetulan ari tu hujung minggu, memang ramai le manusia kat tepi pantai tu...
Ada yang main bola pantai...
ada yang santai2 jalan sepanjang pantai... Warna langit time tu memang colourful betul...
Dah abih kat pantai tu, kami pun balik ke hotel dan prepare untuk keje for the next 3 days. After this, memang takda time nak 'menembak'...keje, keje, keje...
Sampai le last day sebelum balik KL... Kene carik lagi barang2 untuk pesanan last menit... So, sebelum beli barang tu, kami menembak sekitar area pasar tu... Ni gambar kedai2 jual air kelapa muda sebelah pasar kraftangan KK.
Masa sampai kat area tu, kami nampak ramai orang tengah sibuk punggah2 barang..

Pastu ada yang sibuk menolak troli kayu dengan peti2 warna oren. Tak kira umur, tua dan muda...Bila aku perhatikan lama2, baru aku sedar, rupanya diaorang ni tengah sibuk untuk mula meniaga pasar malam. Dlm kotak2 oren tu rupanya ada ikan2 segar...

Lepas amek gambar2 diaorang tu, aku tembak pulak pemandangan laut yang bersebelahan dengan kawasan pasar malam tu.

Macam2 aktiviti laut yang diorang buat. Kebetulan aku ternampak budak lelaki ni tengah mendayung sampan...

Ada gak budak2 dok main atas bot nelayan ni. Entah apa yang dibuatnya entah..

Abih jek amek2 gambar, kami pun cepat2 beli apa2 yang tak beli lagi, g makan dan terus cabut ke airport... Sememangnya hectic betul trip aku ke KK kali ni, tapi berbaloi... Dan pastinya aku akan ke sana lagi... tunggu...

Work trip to Kota Kinabalu, Sabah, Negeri Di bawah Bayu...Part2

Sambungan...

Sambil2 penat nunggu member aku ni shopping kat dalam Pasar KK tu, aku merayau le keluar masuk pasar tu, cari mangsa nak di'tembak'. Dapat gak aku candid awek ni... Tapi lupa nak mintak nombor dia, hahaha...Pastu shot lagi sorang peniaga kraftangan ni, dia tengah sibuk customise gelang yang member aku pesan... Renyah jugak kerjanya ek...Halus2 manik tu digodak2 jadik gelang...Dah bosan kat dalam, aku keluar... Nampak sebaris tukang jahit tengah sibuk menjahit... Tak perlu nak bikin buka kedai, berbaris jek kat tepi pasar tu, mesti ada pelanggan. Unik betul... Kebanyakannya, diaorang menjahit untuk ubahsuai seluar2 jeans...
Pastu, aku g pasar ikan kering, sebelah jek ngan pasar kraftangan KK tu.. Bermacam2 hasil laut yang dikeringkan ada kat sini. Udang kering, ikan masin, sotong kering, sirip yu, gamat kering, telur ikan kering dan entah apa2 lagi entah...



Aku pun mula gerak cari barang2 yang dipesan member2 opis...Pusing2 pasar tu, aku berhenti kat kedai siTamrin ni. Asal keluarga dari Filipina tapi dah lama menetap kat Sabah... Sebab dia ni peramah dan suka senyum serta senang nak tawar menawar, aku pun beli la barang2 tu kat dia... Udang kering, ikan bilis, sotong dan macam2 lagi, berkilo2... Patut la senyum besar si Tamrin ngan member dia ni... hehehe...Sambil2 tu aku amek plak gambar makcik2 tokey kedai kat pasar tu.. Khusyuk betul makcik ni membungkus udang2 kering tu.. Jauh menung tu makcik..

Bersambung lagi...

Saturday 6 June 2009

Work trip to Kota Kinabalu, Sabah, Negeri Di bawah Bayu...Part1

Entry kali ni adalah sambungan dari entry KLIA Golden Lounge Domestic Review pada 28 May lepas. Flight ke Kota Kinabalu (KK) ni ambil masa lebih kurang 2 jam 35 mnit. Dekat 1/2jam sebelum mendarat, aku jenguk ke tingkap dan nampak pemandangan pulau2 sekitar KK. Apa lagi, aku amek senjata aku dan terus tembak... Memang cun pulau2 kat Sabah ni.

Bila dah mendarat...
Baru la nampak Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang tengah diubahsuai dan diberi nafas baru....
Yang sebelah kanan tu yang baru, sebelah kiri tu tinggal la saki baki airport yang lama, banyak lagi tak siap....
Ni pandangan dari dalam..
..dan pandangan dari luar KKIA. Kalau perhatikan betul2, ada ala2 KLIA gak interior and exterior dia. Contractor yang sama kut buat airport ni... Apa2 aje la...
Lupa nak bagitau, flight tadi kul 925 pagi dari KL dan sampai KK dlm kul 12ptg. Lepas amek kete sewa, kami pun terus gi checkin kat hotel.
Memandangkan masa sampai tu tengahari Ahad, dapat le kami peluang gi jalan2 sekitar KK. Lagipun, esok2nya, memang dah tak sempat nak berjalan, kene kerja dari pagi sampai malam.. (kat Sabah kul 630 dah magrib...) Apa lagi, usual suspect, pot pertama kami tuju, Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dulu dipanggil Pasar Filipina)... Shopping and cuci mata time...!!! Seperti namanya, kat dalam pasar tu ada macam2 hasil kraftangan kebanyakannya datang dari seluruh negeri Sabah, walaupan ada sebahagian kecil datang dari negara jiran, Indonesia dan Filipina... Dari permata laut dan sungai hinggalah hasil kerja2 kayu banyak dijual di sini.. Memang shopping heaven untuk makcik2 gayah, termasuk le partner in crime aku yang ikut sekali dalam trip ni. Aku takda la shopping2 sangat, jadik escort cum photographer jek..
To be continued.... wajah2 KK dan sunset di Tanjung Aru...

Thursday 4 June 2009

Pentingnya hidup bermasyarakat...

Aku baru balik dari hantar jenazah sepupu ibuku dikebumikan lepas magrib tadi. Macam2 perasaan ada tadi masa ianya diturunkan ke liang lahat. Climaxnya, masa talkin dibacakan oleh si abang kepada jenazah. Masa tu la aku reflect kejadian yang sama terjadik masa ayahku pergi lebih setahun yang lepas............

Ayahku pergi kepadaNya pagi2 buta, lebih kurang jam 330pagi. Sepupu aku (kami panggil dia Abang Nang) yang ada masa tu kat hospital sibuk tolong bagitau segala sanak sedara. Memang masa tu kami adik beradik agak bingung tak tau nak buat apa. Aku plak pikir camna nak bagitau adik aku yang sorang tu tengah belajar lagi kat Cyber. Abang Nang tenangkan kami adik beradik, soh aku g amek adik kt Cyber, adik dan abang aku yang lain tolong uruskan pelepasan jenazah ayahku untuk dibawa balik ke rumah.Kene carik coroner kat rumah mayat hospital pagi2 buta ni. Ntah ada ke tidak.Sambil tu, aku soh adik aku kat umah kemas2 umah sebelum jenazah tiba untuk kerja2 mandi dan kapan.

Sampai umah, jiran aku yang kebetulan ahli masjid yang menguruskan jenazah datang ke rumah, katanya sepupu aku tu dah bagitau dia. Dia dah uruskan sumenya, cuma dia nak detail ayah aku dan dimana kami nak kebumikan dia, untuk diumumkan di masjid. Dekat2 waktu Subuh, jenazah pun tiba di rumah. Alhamdulillah, tak banyak karenah kat hospital tadi nak bawak jenazah balik walaupun pagi2 buta. Lepas jek Subuh, ramai dah mula ziarah. Jam 830, jiran aku bagitau, kubur dan disiapkan, cuma tunggu jenazah dimandikan dan dikapankan. Kain kapan, kapur barus, pangkin mandi jenazah, kereta jenazah & etc, sumenya dah ready. Jam 1000pagi, jenazah siap disolatkan oleh berbaris jemaah, dengan adik bongsu aku sebagai imam. Jam 11oopagi, semuanya selesai tanpa banyak masalah. Alhamdulillah... Sememangnya rezeki ayahku jenazahnya dapat diuruskan dengan segera.

Sampai umah, makcik sepupu ibuku bagitau, 'Angah, korang adik-beradik takyah susah2 masak tengahari nak layan tetamu, Wak dah siapkan apa2 yang ada' untuk makan tengahari. 'Tak lama pastu, sepupu aku plak bagitau. 'Angah, malam ni tahlil, Kak Ngah adik-beradik tolong siapkan juadahnya, korang takyah risau2'. Jaid kerja kami layan tetamu jek. Dan sememangnya, hari tu, semuanya berjalan dengan lancar dari mula nak uruskan jenazah, sampai le ke majlis tahlil, hampir semuanya beres dibantu oleh sedara mara dan masyarakat kampung tanpa diminta tolong. Sejak hari tu, aku betul2 bersyukur dapat tinggal berdekatan saudara mara dan masyarakat yang memang prihatin. Masa kita tengah bersedih dan susah hati, mereka bersedia menolong tanpa perlu kita minta tolong.

Kejadian yang hampir sama berlaku pada pakcik sepupu ibuku tadi. Arwah meninggal sekitar jam 4 petang. Jenazah tiba di rumahnya dari hospital hampir jam 7 malam. Lepas magrib, jenazah terus disolatkan dan dikebumikan. Memang pantas betul bila masyarakat dan sedara mara saling membantu. Semuanya selesai dengan cepat dan aku sempat sertai Isya' berjemaah di masjid lepas kebumi jenazah. Peristiwa ini sekali lagi menguatkan azam aku untuk tidak mengambil sikap enteng untuk bermasyarakat dan mengeratkan sillaturrahim. Aku harus tolong menolong sesama mereka kerana semasa aku susah, mereka telah banyak membantu keluarga aku. Hari lain mungkin giliran aku untuk membantu mereka....