Saturday 27 March 2010

HSBB (UniFi) dilancarkan.


Akhirnya, yang dinanti2kan oleh rakyat Malaysia amnya dan seluruh warga TM khasnya, telah tiba. Projek High Speed Broadband (HSBB) telah dilancarkan oleh TM pada 24 Mac 2010 lalu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/25/business/5930292&sec=business

Ianya dilancarkan di dalam sebuah ‘Dome’ di Dataran Merdeka dalam suasana ‘futuristik’ yang dihadiri oleh lebih 300 VVIP dan para media. Pada waktu yang sama, TM juga telah memperkenalkan nama baru HSBB, iaitu UniFi. http://www.unifi.my/ Syabas TM!!!

Pada malam semalam, sempat jugak aku melawat ‘Dome’ tersebut lepas sesi2 sebelum ni diadakan untuk VVIP, media dan pelanggan korporat. Aku sampai agak lewat gak, hampir dekat2 penghujung. Kat dalam tu, dipamirkan kemampuan perkhidmatan UniFi melalui aplikasi interaktif‘triple play’ termasuklah Internet berkelajuan tinggi sehingga 20MB sesaat (Hi-speed Internet), Internet Protokol TV (IPTV) dan Voice over Broadband (VoBB). Malam tu, hadirin telah dihiburkan oleh Adam AF dan majlis dipengacarakan oleh pengacara ‘evergreen’, Wan Zaleha Radzi.


Di luar Dome

Di luar Dome (dari dekat)Di dalam Dome Adam AF