Wednesday 11 November 2009

2012 - Special Screening

Malam semalam, buat pertama sekali dalam hidup aku, aku berpeluang menonton filem blockbuster di panggung sebelum tayangan rasminya di seluruh negara. Tiket untuk filem 2012 tersebut aku dapat selepas menjamu selera di restoran Kenny Rogers beberapa minggu lepas.

Nama pun tiket percuma, memang ramai yang seangkatan ngan aku beratur hampir 45 minit untuk masuk kepanggung walaupun aku tiba 45 minit lebih awal dan 5 panggung di Berjaya Time Square tersebut telah disediakan untuk tayangan khas ini. Ianya gara2 polisi tidak membenarkan sebarang alat elektronik seperti camera phone, kamera dan notebook dibawa masuk. Sememangya, pemeriksaan serta penyerahan barang2 elektronik tersebut yang melambatkan kami. Dah masuk, kene pulak tunggu lagi 20 minit, baru lah tayangan dimulakan.

Cerita fiksyen sains 2012 ini berkisar pada ramalan berdekad2 lalu dimana bumi akan hancur apabila kalendar kuno kaum Mayan tamat pada 21 Disember 2012. Sebelum ianya berlaku, dunia akan mengalami bencana semulajadi seperti letusan besar2an gunung berapi, ribut dan tsunami. Ianya berpunca dari letusan besar di permukaan matahari yang mempengaruhi pergerakan tectonic plate bumi yang seterusnya mengubah daya tarikan magnet bumi.

Ianya bermula apabila seorang saintis di India, Satnam menemui tanda2 awal akan berlakunya kehancuran bumi. Ekoran dari ini, satu institut diketuai oleh Amerika dan dianggotai oleh negara2 besar dunia seperti China, Rusia, Itali dan UK telah secara rahsia membina bahtera besar paling moden di bawah pergunungan Himalaya yang boleh menghadapi bencana besar bagi menyelamatkan kemanusian, spesis hidup yang utama serta artifak terunggul manusia apabila berlakunya bencana tersebut.

Pada pendapat aku, kesan2 khas serta CGI nya memang mengkagumkan dan jalan ceritanya agak menarik. Cuma pada penghujung ceritanya, jalan cerita agak terlalu mudah yang kadang2 tidak masuk diakal. Bagaimanapun, aku harus berpuas hati sebab dengan tiket percuma tersebut, aku dapat melayan tayangan khas ini selama lebih 2.5 jam. Dapat la lepaskan tension kerja serba sedikit... hehehe....

Monday 9 November 2009

KD Inderapura-fire caused by short-circuit

It was reported today in The Star that the fire caught on KD Seri Inderapura that partially sunk the craft last month was due to short-circuit in the faulty wiring.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi revealed that this has been identified by a team which investigating this case on the 40-year-old vessel, he Royal Malaysian Navy’s )RMN) biggest landing craft, at the RMN base jetty in Lumut.

The remains will be either used as a RMN museum piece or have it sold for used as parts upon getting advice from the National Audit Department. It was initially proposed to be sunk as an artificial reef off Pulau Sembilan but was abandoned as the plan was considered to be dangerous.

Ahmad Zahid said there were efforts to replace the ship and his ministry was evaluating vessels from South Korea, France and Germany.

As the building of a new ship will take between 48 and 60 months, work on the matter had already begun.

Related post -KD Inderapura Caught on fire again...and sinking for good..

Sunday 8 November 2009

Jumpstart 2009: Part 1-Ceramah, Case Study, BBQ n Karaoke

Mmg lama dh nk post cite ni, tapi tertangguh2. Hari ni baru ada kesempatan. Kali ni berkenaan aktiviti tahunan jabatan aku yang diadakan kt Marina Cove, Lumut.
Marina Cove, Lumut
Bahagian pertama melibatkan sesi ceramah, case study (acara wajib tiap2 tahun), BBQ dan Karaoke. Sesi ceramah kali ini diadakan dengan menjemput consultant terkenal antarabangsa warga Malaysia, En. Lokman, yang telah banyak mengadakan sesi sebegini dengan syarikat2 MNC di dalam dan di luar negara. Antara gambar2 ketika sesi ceramah tersebut:
En. Lokman sedang menyampaikan ceramah beliau
Aksi ketika sesi ceramah
Lagi aksi ketika ceramah

Koleksi potrait peserta Jumpstart
Semasa sesi Case Study, sempat juga aku merayau2 ke Teluk Batik, yg tak jauh dari Marina Cove tu.

Pemandangan dari Teluk Batik
Yang lain, ada yang beriadah dengan bermain bola tampar pantai.
Aksi peserta2 lain bermain bola tampar
Penyokong2 tegar
Fokus nak servis

Lepas selesai sesi Case Study, kami dijamu dengan BBQ Marina Cove.


Dan selepas tu, sesi menyerakkan tekak, menjerit sampai puas untuk lepaskan tekanan buat Case Study.






Next, Jumpstart 2009: Part 2-Teambuilding...

Tuesday 13 October 2009

KD Inderapura Caught on fire again...and sinking for good..

It was reported on 8th October morning news in the TV that KD Inderapura, Royal Malaysian Navy's largest logistics ship caught fire off the coast of Lumut this morning while it had been berthed at the Lumut Naval Base.

The vessel was built in 1970 and had been used by the United States Navy after it was commissioned as the USS Spartanburg County. On 16 December 1994, the ship was bought by the Malaysian navy and used as logistic vessel. The 40-year old vessel was one of the two Malaysian naval ships involved in the special mission freeing the MISC vessels Bunga Melati V and Bunga Melati II, which were held hostage by pirates last year.

The fire was started at 6.23am and was put out later in the afternoon. However, it was towed to the middle of the sea for safety reasons shortly after it caught fire a second time at 8am in the next day. This is the second time the vessel caught fire and is far worse since 2002 fire when it caused damages costed about RM68mil of repair works. During this time, there were several explosions, believed to be more than seven times.

On Friday evening, I was on my way to Pulau Pangkor for a holiday and was grateful to watch the vessel caught on fire by my own eyes and captured some photos of it.

KD Inderapura was towed to the middle of the sea with Pulau Pangkor on the left.

KD Inderapura in the middle of the sea on the 2nd day.

3rd day - Further explosions was heard causing thick cloud of smokes that covering the sky of Teluk Dalam to Teluk Nipah Beach of Pulau Pangkor.

4th day - The vessel is gradually sinking with raging fire further damaging it.

The vessel was seen gradually sinking at the time I was leaving Pulau Pangkor in the afternoon of 12 October. But after that, I did not hear or read any further news on the fate of the vessel.

However, it was reported on The Star that the Government would wait for the Defence Ministry to submit a proposal to buy a new naval vessel to replace KD Sri Inderapura and later the cabinet will decide on it.

My take on this, a typical '
Malaysia Boleh' spirit, take action after it was too late despite the vessel has been very old and already experienced bad damages and costing taxpayer money millions of RM for repair.

Wednesday 7 October 2009

Health Intervention Program-Part 2

Post kali ni aku paparkan sebahagian lagi foto2 yang diambil semasa program tersebut.

'Panjangnya queue nk main menda ni...'
'Lain kali, jangan lupa buat camni, tambah ni,jemput orang tu bla,bla,bla.. Tapi takpa, kali ni prof bagi kamu sume markah tinggi....'
Khusyuknya Dorkor Gigi ni dengar ceramah tu...
'Dengan ini, secara rasminya saya lancarkan Program Jom Sihat...'
Antara tetamu kehormat program tersebut
Maintain ayu dan hensem...
'Adik2, camni cara yang betul nk gosok gigi...'
'Auntie ada rasa pening2 kepala atau susah bernafas tak...'
Pameran kesihatan dari Jabatan Kesihatan.
'Kakak2, abang2, amoi2, apek2, auntie2, mai la masuk dewan ni...'
Antara lukisan kanak2 yang dipamerkan di dalam dewan.
Kanak2 sibuk mewarna ketika pertandingan mewarna

Monday 5 October 2009

Health Intervention Program-Part 1

Semalam, 5 Okt 2009, aku dan 4 orang kanak-kanak Ribena telah ke Kg. Salak Baru, Sepang untuk menyertai pelancaran Program Intervensi Kesihatan (Health Intervention Program) yang adik aku dan rakan2 dia anjurkan. Program tersebut adalah sebahagian daripada projek yang diaorang perlu anjurkan/lakukan sepanjang modul Public Health bagi fasa klinikal Pengajian Perubatan diaorang di Cyberjaya University College of Medical Science.

Setelah berhempas pulas sampai tak cukup tido bagi persiapan program tersebut, akhirnya ianya pun berjaya dilaksanakan semalam. Program tersebut pada umumnya adalah untuk menghebahkan hasil kajiselidik kesihatan yang telah dijalankan oleh pelajar2 tersebut lebih 2 bulan lepas ke atas lebih kurang 250 responden yang terdiri dari penduduk Kg. Baru Salak sendiri disamping memberikan nasihat serta tunjuk ajar bagaimana untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan penduduk.Program tersebut diadakan di Balai Raya Kampong Salak terletak ditengah2 pekan Salak dengan kerjasama berbagai pihak termasuklah Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, wakil Exco kawasan tersebut, JKKK dan JKKKP kawasan Kg. Baru Salak serta penduduk Kg. Baru Salak sendiri. Antara aktiviti2 yang diadakan semasa program tersebut termasuklah:
1. Pertandingan mewarna
2. Pemeriksaan Kesihatan (Health Screening)
3. Pemeriksaan Gigi
4. Ceramah Kesihatan5.Pameran Keputusan KajiSelidikDiakhir program, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang2 pertandingan melukis poster kesihatan disekolah sekitar Kg. Baru Salak serta pertanding mewarna yang diadakan pada hari tersebut.Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penduduk Kg. Sg. Balak yang datang bersama2 keluarga bagi memeriahkan acara tersebut.
Tahniah to my sister n geng! Moga2 dapat markah tinggi untuk usaha dan kerja keras anda semua.

Part 2 - Other photos from the event.

Saturday 3 October 2009

Hati-hati wahai pengikut Sister-in-Islam (SIS) dan JAG

Post kali ini aku ingin menyeru rakan2 dan pembaca agar berhati2 dengan kumpulan SIS dan JAG yang kononnya mendokong wanita2 muslim. Gelagat terkini SIS yang mencadangkan hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan sememangnya perlu diambil serius kerana menjurus kepada terpesongnya akidah mereka.

“Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang dipetik dari akhar Harian Metro hari ini

Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Mengulas isu itu, Harussani berkata, Allah SWT secara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullah s.a.w hendaklah diambil sekali gus diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.


“Jadi hukuman ini (sebat kerana minum arak) memang disuruh Nabi Muhammad s.a.w, kenapa pula kita tidak ikut, dan mereka ini (JAG) atau Sisters in Islam ini sebenarnya menentang Islam ke, bukannya mereka mengikut ajaran Islam.


“Mereka anggap hukum Allah itu kolot ke...(sedangkan) kita ini pun dijadikan oleh Allah, cukup anggotanya, diberi akal fikiran...(tengok) betapa hebatnya Allah yang mencipta dan menghidupkan semua perkara.

“Jangan kita pula hendak memperkecilkan Allah dan hukum-Nya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, beliau menjelaskan sebatan yang diputuskan di bawah undang-undang Islam bukan sama seperti dilaksanakan kerajaan Pusat untuk penjenayah yang melanggar undang-undang Persekutuan.

Menurutnya, sebat yang dilaksana tidak mendatangkan sakit atau kemudaratan teruk, bahkan jelas menggunakan rotan yang hanya sebesar jari, manakala tangan tukang sebat yang menghayun rotan pula diangkat tidak melebihi daripada ketiak.

“Maknanya rotan yang digunakan itu kecil, ketika menghayunkannya (untuk hukum) pula tidak boleh tinggi, menjelaskan tangan hanya diangkat sedikit saja....tidak sakitlah maknanya dan taklah seperti dibuat di penjara...terlalu berat.

“Saya nasihatkan mereka supaya janganlah buat kenyataan sebarangan, hati-hati bila berucap sesuatu, jangan sampai menyebabkan mereka terkeluar dari landasan Islam sebenar,” katanya.

Harussani turut memberitahu hukuman enam sebatan ke atas Kartika kerana kesalahan meminum arak bukan bertujuan mendera, jauh sekali mendatangkan kesakitan sebaliknya dibuat untuk mengajar dan wajar disaksikan ramai orang sebagai pengajaran bermakna.

Thursday 24 September 2009

Salam Aidilfitri

Aku rasa masih tak terlambat lagi nak ucapkan kepada sume member2...

Tunggu2 rayo dah dokek,
Baka lomang robuh ketupat,
Nak anta kad rayo dah tak sompek,
Post dlm blog ni ajo yg den sompek.
Solamat Arie Rayo,
Maaf Zahir dan Batin

Sunday 23 August 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan.. Kedatangan mu dinanti..pemergian mu ditangisi.. Berbaju batik pergi kepekan,
Mencari durian dan buah pulasan,
Tibalah sudah Bulan Ramadhan,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Tuesday 28 July 2009

Clipped-fan

Entry kali ni aku nk cite pasal kipas sket...
2-3 minggu lepas aku kerap stayback kt opis sebab keje menimbum... Biasa la nk siapkan repot last menit. Kebetulan plak tu tengah musim panas dan jerebu dengan hujan lama tak turun. Opis aku plak tu cukup2 je 530 ptg, trus padam air-cond. Nk jimat la katakan. Jadinya, sejam pas tu aku pun mula la kepanasan sebab cuaca kat luar tu memang tengah panas..Dengan resah gelisah, aku pun g la cari mana2 kipas berdiri yg leh aku cilok kejap.. Berat gak kipas tu nk bawak ke tempat aku pas tu anta balik ke tuannya lepas pakai. Hari berikutnya aku cilok plak kipas USB yg cute miut cam gambar kt bawah ni. Ok la, asal ada angin, walaupun sepoi2 bahasa,tapi praktikal gak.. Pakai USB jek... Tapi biasala kan, kalu tak malu, ari2 boleh la meminjam.. Pastu aku bertekad nak cari kipas sendiri. Yang jenis kecik, tapi angin cam ribut.. Baru le selesa bila nak goreng report aku tu nanti...

Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku gi Mid Valley, konon2 nk jenguk apa2 yang ada kt Maybank Treat Points Fair. Mana la tau kut2 ada menda yang berkenan, leh le aku tukar kan ngan point kad caj aku yg dah ada 180,000 point, sejak dari tahun 2000 tak pernah2 redeem. Lepas aku angkut/redeem barang yang aku berkenan 2-3 ketul termasuk la basikal dan vacuum cleaner, terperasan la kipas-klip cam kat bawah ni. Apa lagi, sebat je la, takat 7,000 point jek...

So, since Senin aku cuti, petang tadi lepas aircon dipadam, aku pun test power la kipas ni. Memang cam ribut.. Abih sume kertas2 yang bersepah atas meja aku ditiupnya, makin bersepah la meja aku tadi, hahahaha... So, memang berbaloi aku beli kipas ni, takyah la nak cilok2 kipas orang lain dah pasni. Pastu plak, leh sangkut kat mana yang aku nak. Memang portable. So, iklan sket, kalu korang pun nak, aku tau mana nak beli.. Dapat aku komisen nanti, hahahaha....

Friday 17 July 2009

Manchester United has arrived in Malaysia!!!

There are here again for the 3rd time. Though without Cristiano Ronaldo who has moved to Bernabeu, I don't think the fans really care. It is not everyday that you could watch the Devils play live in front of you. Today's training session held at Bukit Jalil was attended by ardent 40,000 fans coming as far as from the neigbouring country, Thailand. Though I wasn't there, due to: 1. Keje, 2. tak dpt tiket pree,hehehe... I will definitely be there for tomorrow match between the Devils and Malaysia Selection.

So, dh tak sabar2 ni, kene siapkan senjata2 yg penting, bateri flash, bateri kamera, cuci lense bla, bla, bla... InsyaAllah will post photos of some of the highlight of the match... See you there...