Saturday, 3 October 2009

Hati-hati wahai pengikut Sister-in-Islam (SIS) dan JAG

Post kali ini aku ingin menyeru rakan2 dan pembaca agar berhati2 dengan kumpulan SIS dan JAG yang kononnya mendokong wanita2 muslim. Gelagat terkini SIS yang mencadangkan hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan sememangnya perlu diambil serius kerana menjurus kepada terpesongnya akidah mereka.

“Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang dipetik dari akhar Harian Metro hari ini

Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Mengulas isu itu, Harussani berkata, Allah SWT secara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullah s.a.w hendaklah diambil sekali gus diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.


“Jadi hukuman ini (sebat kerana minum arak) memang disuruh Nabi Muhammad s.a.w, kenapa pula kita tidak ikut, dan mereka ini (JAG) atau Sisters in Islam ini sebenarnya menentang Islam ke, bukannya mereka mengikut ajaran Islam.


“Mereka anggap hukum Allah itu kolot ke...(sedangkan) kita ini pun dijadikan oleh Allah, cukup anggotanya, diberi akal fikiran...(tengok) betapa hebatnya Allah yang mencipta dan menghidupkan semua perkara.

“Jangan kita pula hendak memperkecilkan Allah dan hukum-Nya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, beliau menjelaskan sebatan yang diputuskan di bawah undang-undang Islam bukan sama seperti dilaksanakan kerajaan Pusat untuk penjenayah yang melanggar undang-undang Persekutuan.

Menurutnya, sebat yang dilaksana tidak mendatangkan sakit atau kemudaratan teruk, bahkan jelas menggunakan rotan yang hanya sebesar jari, manakala tangan tukang sebat yang menghayun rotan pula diangkat tidak melebihi daripada ketiak.

“Maknanya rotan yang digunakan itu kecil, ketika menghayunkannya (untuk hukum) pula tidak boleh tinggi, menjelaskan tangan hanya diangkat sedikit saja....tidak sakitlah maknanya dan taklah seperti dibuat di penjara...terlalu berat.

“Saya nasihatkan mereka supaya janganlah buat kenyataan sebarangan, hati-hati bila berucap sesuatu, jangan sampai menyebabkan mereka terkeluar dari landasan Islam sebenar,” katanya.

Harussani turut memberitahu hukuman enam sebatan ke atas Kartika kerana kesalahan meminum arak bukan bertujuan mendera, jauh sekali mendatangkan kesakitan sebaliknya dibuat untuk mengajar dan wajar disaksikan ramai orang sebagai pengajaran bermakna.

1 comment:

  1. SiS ni sape di belakang tabir dia?

    Ape niat dia nak pertikai hukum Tuhan?

    SiS ni menzalimi diri sendiri dengan bercakap benda2 yg dia bukan arif ..

    ReplyDelete