Wednesday 11 November 2009

2012 - Special Screening

Malam semalam, buat pertama sekali dalam hidup aku, aku berpeluang menonton filem blockbuster di panggung sebelum tayangan rasminya di seluruh negara. Tiket untuk filem 2012 tersebut aku dapat selepas menjamu selera di restoran Kenny Rogers beberapa minggu lepas.

Nama pun tiket percuma, memang ramai yang seangkatan ngan aku beratur hampir 45 minit untuk masuk kepanggung walaupun aku tiba 45 minit lebih awal dan 5 panggung di Berjaya Time Square tersebut telah disediakan untuk tayangan khas ini. Ianya gara2 polisi tidak membenarkan sebarang alat elektronik seperti camera phone, kamera dan notebook dibawa masuk. Sememangya, pemeriksaan serta penyerahan barang2 elektronik tersebut yang melambatkan kami. Dah masuk, kene pulak tunggu lagi 20 minit, baru lah tayangan dimulakan.

Cerita fiksyen sains 2012 ini berkisar pada ramalan berdekad2 lalu dimana bumi akan hancur apabila kalendar kuno kaum Mayan tamat pada 21 Disember 2012. Sebelum ianya berlaku, dunia akan mengalami bencana semulajadi seperti letusan besar2an gunung berapi, ribut dan tsunami. Ianya berpunca dari letusan besar di permukaan matahari yang mempengaruhi pergerakan tectonic plate bumi yang seterusnya mengubah daya tarikan magnet bumi.

Ianya bermula apabila seorang saintis di India, Satnam menemui tanda2 awal akan berlakunya kehancuran bumi. Ekoran dari ini, satu institut diketuai oleh Amerika dan dianggotai oleh negara2 besar dunia seperti China, Rusia, Itali dan UK telah secara rahsia membina bahtera besar paling moden di bawah pergunungan Himalaya yang boleh menghadapi bencana besar bagi menyelamatkan kemanusian, spesis hidup yang utama serta artifak terunggul manusia apabila berlakunya bencana tersebut.

Pada pendapat aku, kesan2 khas serta CGI nya memang mengkagumkan dan jalan ceritanya agak menarik. Cuma pada penghujung ceritanya, jalan cerita agak terlalu mudah yang kadang2 tidak masuk diakal. Bagaimanapun, aku harus berpuas hati sebab dengan tiket percuma tersebut, aku dapat melayan tayangan khas ini selama lebih 2.5 jam. Dapat la lepaskan tension kerja serba sedikit... hehehe....

Monday 9 November 2009

KD Inderapura-fire caused by short-circuit

It was reported today in The Star that the fire caught on KD Seri Inderapura that partially sunk the craft last month was due to short-circuit in the faulty wiring.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi revealed that this has been identified by a team which investigating this case on the 40-year-old vessel, he Royal Malaysian Navy’s )RMN) biggest landing craft, at the RMN base jetty in Lumut.

The remains will be either used as a RMN museum piece or have it sold for used as parts upon getting advice from the National Audit Department. It was initially proposed to be sunk as an artificial reef off Pulau Sembilan but was abandoned as the plan was considered to be dangerous.

Ahmad Zahid said there were efforts to replace the ship and his ministry was evaluating vessels from South Korea, France and Germany.

As the building of a new ship will take between 48 and 60 months, work on the matter had already begun.

Related post -KD Inderapura Caught on fire again...and sinking for good..

Sunday 8 November 2009

Jumpstart 2009: Part 1-Ceramah, Case Study, BBQ n Karaoke

Mmg lama dh nk post cite ni, tapi tertangguh2. Hari ni baru ada kesempatan. Kali ni berkenaan aktiviti tahunan jabatan aku yang diadakan kt Marina Cove, Lumut.
Marina Cove, Lumut
Bahagian pertama melibatkan sesi ceramah, case study (acara wajib tiap2 tahun), BBQ dan Karaoke. Sesi ceramah kali ini diadakan dengan menjemput consultant terkenal antarabangsa warga Malaysia, En. Lokman, yang telah banyak mengadakan sesi sebegini dengan syarikat2 MNC di dalam dan di luar negara. Antara gambar2 ketika sesi ceramah tersebut:
En. Lokman sedang menyampaikan ceramah beliau
Aksi ketika sesi ceramah
Lagi aksi ketika ceramah

Koleksi potrait peserta Jumpstart
Semasa sesi Case Study, sempat juga aku merayau2 ke Teluk Batik, yg tak jauh dari Marina Cove tu.

Pemandangan dari Teluk Batik
Yang lain, ada yang beriadah dengan bermain bola tampar pantai.
Aksi peserta2 lain bermain bola tampar
Penyokong2 tegar
Fokus nak servis

Lepas selesai sesi Case Study, kami dijamu dengan BBQ Marina Cove.


Dan selepas tu, sesi menyerakkan tekak, menjerit sampai puas untuk lepaskan tekanan buat Case Study.






Next, Jumpstart 2009: Part 2-Teambuilding...