Wednesday, 11 November 2009

2012 - Special Screening

Malam semalam, buat pertama sekali dalam hidup aku, aku berpeluang menonton filem blockbuster di panggung sebelum tayangan rasminya di seluruh negara. Tiket untuk filem 2012 tersebut aku dapat selepas menjamu selera di restoran Kenny Rogers beberapa minggu lepas.

Nama pun tiket percuma, memang ramai yang seangkatan ngan aku beratur hampir 45 minit untuk masuk kepanggung walaupun aku tiba 45 minit lebih awal dan 5 panggung di Berjaya Time Square tersebut telah disediakan untuk tayangan khas ini. Ianya gara2 polisi tidak membenarkan sebarang alat elektronik seperti camera phone, kamera dan notebook dibawa masuk. Sememangya, pemeriksaan serta penyerahan barang2 elektronik tersebut yang melambatkan kami. Dah masuk, kene pulak tunggu lagi 20 minit, baru lah tayangan dimulakan.

Cerita fiksyen sains 2012 ini berkisar pada ramalan berdekad2 lalu dimana bumi akan hancur apabila kalendar kuno kaum Mayan tamat pada 21 Disember 2012. Sebelum ianya berlaku, dunia akan mengalami bencana semulajadi seperti letusan besar2an gunung berapi, ribut dan tsunami. Ianya berpunca dari letusan besar di permukaan matahari yang mempengaruhi pergerakan tectonic plate bumi yang seterusnya mengubah daya tarikan magnet bumi.

Ianya bermula apabila seorang saintis di India, Satnam menemui tanda2 awal akan berlakunya kehancuran bumi. Ekoran dari ini, satu institut diketuai oleh Amerika dan dianggotai oleh negara2 besar dunia seperti China, Rusia, Itali dan UK telah secara rahsia membina bahtera besar paling moden di bawah pergunungan Himalaya yang boleh menghadapi bencana besar bagi menyelamatkan kemanusian, spesis hidup yang utama serta artifak terunggul manusia apabila berlakunya bencana tersebut.

Pada pendapat aku, kesan2 khas serta CGI nya memang mengkagumkan dan jalan ceritanya agak menarik. Cuma pada penghujung ceritanya, jalan cerita agak terlalu mudah yang kadang2 tidak masuk diakal. Bagaimanapun, aku harus berpuas hati sebab dengan tiket percuma tersebut, aku dapat melayan tayangan khas ini selama lebih 2.5 jam. Dapat la lepaskan tension kerja serba sedikit... hehehe....

2 comments:

  1. Dapat ticket free lagi. Suka lah tu.. :)

    ReplyDelete
  2. sy tak penah pun dapat tiket free...makan memang dah banyak pun...tiket tak dapat pun??

    ReplyDelete