Tuesday, 9 June 2009

Work trip to Kota Kinabalu, Sabah, Negeri Di bawah Bayu...Final Part

Sambungan ke 3
Dah puas shopping, cepat2 kami cabut g Tanjung Aru. Dalam 5km dari City Centre. Kebetulan ari tu hujung minggu, memang ramai le manusia kat tepi pantai tu...
Ada yang main bola pantai...
ada yang santai2 jalan sepanjang pantai... Warna langit time tu memang colourful betul...
Dah abih kat pantai tu, kami pun balik ke hotel dan prepare untuk keje for the next 3 days. After this, memang takda time nak 'menembak'...keje, keje, keje...
Sampai le last day sebelum balik KL... Kene carik lagi barang2 untuk pesanan last menit... So, sebelum beli barang tu, kami menembak sekitar area pasar tu... Ni gambar kedai2 jual air kelapa muda sebelah pasar kraftangan KK.
Masa sampai kat area tu, kami nampak ramai orang tengah sibuk punggah2 barang..

Pastu ada yang sibuk menolak troli kayu dengan peti2 warna oren. Tak kira umur, tua dan muda...Bila aku perhatikan lama2, baru aku sedar, rupanya diaorang ni tengah sibuk untuk mula meniaga pasar malam. Dlm kotak2 oren tu rupanya ada ikan2 segar...

Lepas amek gambar2 diaorang tu, aku tembak pulak pemandangan laut yang bersebelahan dengan kawasan pasar malam tu.

Macam2 aktiviti laut yang diorang buat. Kebetulan aku ternampak budak lelaki ni tengah mendayung sampan...

Ada gak budak2 dok main atas bot nelayan ni. Entah apa yang dibuatnya entah..

Abih jek amek2 gambar, kami pun cepat2 beli apa2 yang tak beli lagi, g makan dan terus cabut ke airport... Sememangnya hectic betul trip aku ke KK kali ni, tapi berbaloi... Dan pastinya aku akan ke sana lagi... tunggu...

1 comment:

  1. cantiknya gambar2 tepi pantai tu..ni yg jeles ni...rasa mcm nak beli camera canggih2 ni...

    ReplyDelete