Buat pertama kali aku berpeluang naik Business Class MAS semasa trip kerja aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Itupun tiket upgrade lepas tolak 15,000 Enrich points yang aku kumpul selama lebih 5 tahun. Dengan Business Class, aku dapat le check-in dekat kaunter khas untuk Business dan 1st Class yang kurang sesak berbanding dengan kaunter Economy Class di KLIA.

Sebelum dibenarkan masuk, aku kene tunjuk boarding pass pada penyambut tetamu lounge tu. Takda pass, tak boleh masuk...


Sementara tu pulak view kat luar lounge ni berlatar belakangkan sekitar kawasan parking, satelit terminal untuk flight antarabangsa dan juga airport runaway.

Yang best dalam Lounge ni tak lain tak bukan makanan dan minuman, free flow. Dari nasi lemak,cereal dan yogurt, hinggalah ke pastries dan sandwich. Airnya pun macam2 ada, jus, soft drink, coffee, tea, sebut aje....
