Thursday 4 June 2009

Pentingnya hidup bermasyarakat...

Aku baru balik dari hantar jenazah sepupu ibuku dikebumikan lepas magrib tadi. Macam2 perasaan ada tadi masa ianya diturunkan ke liang lahat. Climaxnya, masa talkin dibacakan oleh si abang kepada jenazah. Masa tu la aku reflect kejadian yang sama terjadik masa ayahku pergi lebih setahun yang lepas............

Ayahku pergi kepadaNya pagi2 buta, lebih kurang jam 330pagi. Sepupu aku (kami panggil dia Abang Nang) yang ada masa tu kat hospital sibuk tolong bagitau segala sanak sedara. Memang masa tu kami adik beradik agak bingung tak tau nak buat apa. Aku plak pikir camna nak bagitau adik aku yang sorang tu tengah belajar lagi kat Cyber. Abang Nang tenangkan kami adik beradik, soh aku g amek adik kt Cyber, adik dan abang aku yang lain tolong uruskan pelepasan jenazah ayahku untuk dibawa balik ke rumah.Kene carik coroner kat rumah mayat hospital pagi2 buta ni. Ntah ada ke tidak.Sambil tu, aku soh adik aku kat umah kemas2 umah sebelum jenazah tiba untuk kerja2 mandi dan kapan.

Sampai umah, jiran aku yang kebetulan ahli masjid yang menguruskan jenazah datang ke rumah, katanya sepupu aku tu dah bagitau dia. Dia dah uruskan sumenya, cuma dia nak detail ayah aku dan dimana kami nak kebumikan dia, untuk diumumkan di masjid. Dekat2 waktu Subuh, jenazah pun tiba di rumah. Alhamdulillah, tak banyak karenah kat hospital tadi nak bawak jenazah balik walaupun pagi2 buta. Lepas jek Subuh, ramai dah mula ziarah. Jam 830, jiran aku bagitau, kubur dan disiapkan, cuma tunggu jenazah dimandikan dan dikapankan. Kain kapan, kapur barus, pangkin mandi jenazah, kereta jenazah & etc, sumenya dah ready. Jam 1000pagi, jenazah siap disolatkan oleh berbaris jemaah, dengan adik bongsu aku sebagai imam. Jam 11oopagi, semuanya selesai tanpa banyak masalah. Alhamdulillah... Sememangnya rezeki ayahku jenazahnya dapat diuruskan dengan segera.

Sampai umah, makcik sepupu ibuku bagitau, 'Angah, korang adik-beradik takyah susah2 masak tengahari nak layan tetamu, Wak dah siapkan apa2 yang ada' untuk makan tengahari. 'Tak lama pastu, sepupu aku plak bagitau. 'Angah, malam ni tahlil, Kak Ngah adik-beradik tolong siapkan juadahnya, korang takyah risau2'. Jaid kerja kami layan tetamu jek. Dan sememangnya, hari tu, semuanya berjalan dengan lancar dari mula nak uruskan jenazah, sampai le ke majlis tahlil, hampir semuanya beres dibantu oleh sedara mara dan masyarakat kampung tanpa diminta tolong. Sejak hari tu, aku betul2 bersyukur dapat tinggal berdekatan saudara mara dan masyarakat yang memang prihatin. Masa kita tengah bersedih dan susah hati, mereka bersedia menolong tanpa perlu kita minta tolong.

Kejadian yang hampir sama berlaku pada pakcik sepupu ibuku tadi. Arwah meninggal sekitar jam 4 petang. Jenazah tiba di rumahnya dari hospital hampir jam 7 malam. Lepas magrib, jenazah terus disolatkan dan dikebumikan. Memang pantas betul bila masyarakat dan sedara mara saling membantu. Semuanya selesai dengan cepat dan aku sempat sertai Isya' berjemaah di masjid lepas kebumi jenazah. Peristiwa ini sekali lagi menguatkan azam aku untuk tidak mengambil sikap enteng untuk bermasyarakat dan mengeratkan sillaturrahim. Aku harus tolong menolong sesama mereka kerana semasa aku susah, mereka telah banyak membantu keluarga aku. Hari lain mungkin giliran aku untuk membantu mereka....

4 comments:

  1. Man,
    Untung jenazah your dad dapat diuruskan segera. Memang dah rezeki dia.
    My dad selalu pesan pergi jengok-jengok majlis orang, tolong apa-apa yang patut. Nanti, insya allah masa time kita, ada orang yang nak tolong balik .. :)

    ReplyDelete
  2. Betul cakap ko tu. Kalu dulu aku ni mmg maleh nk jenguk2 majlis sebab tiap kali pegi, kene tepis soalan2 cepumas. Tp bila pikir2kan balik kalu jadi benda ni kat famili aku, terpkasa la aku telan je peluru2 yang bertubi2 tu...hahaha...

    ReplyDelete
  3. Betul tu...kita yg dah ada angka '3' kat depan ni, dah kena fikirkan semua tu. pasal peluru tu, bukan ke hang dah ada baju bullet prove??

    ReplyDelete
  4. Hahaha... memang dah lali dah sekarang ni...

    ReplyDelete