Monday 5 October 2009

Health Intervention Program-Part 1

Semalam, 5 Okt 2009, aku dan 4 orang kanak-kanak Ribena telah ke Kg. Salak Baru, Sepang untuk menyertai pelancaran Program Intervensi Kesihatan (Health Intervention Program) yang adik aku dan rakan2 dia anjurkan. Program tersebut adalah sebahagian daripada projek yang diaorang perlu anjurkan/lakukan sepanjang modul Public Health bagi fasa klinikal Pengajian Perubatan diaorang di Cyberjaya University College of Medical Science.

Setelah berhempas pulas sampai tak cukup tido bagi persiapan program tersebut, akhirnya ianya pun berjaya dilaksanakan semalam. Program tersebut pada umumnya adalah untuk menghebahkan hasil kajiselidik kesihatan yang telah dijalankan oleh pelajar2 tersebut lebih 2 bulan lepas ke atas lebih kurang 250 responden yang terdiri dari penduduk Kg. Baru Salak sendiri disamping memberikan nasihat serta tunjuk ajar bagaimana untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan penduduk.Program tersebut diadakan di Balai Raya Kampong Salak terletak ditengah2 pekan Salak dengan kerjasama berbagai pihak termasuklah Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, wakil Exco kawasan tersebut, JKKK dan JKKKP kawasan Kg. Baru Salak serta penduduk Kg. Baru Salak sendiri. Antara aktiviti2 yang diadakan semasa program tersebut termasuklah:
1. Pertandingan mewarna
2. Pemeriksaan Kesihatan (Health Screening)
3. Pemeriksaan Gigi
4. Ceramah Kesihatan5.Pameran Keputusan KajiSelidikDiakhir program, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang2 pertandingan melukis poster kesihatan disekolah sekitar Kg. Baru Salak serta pertanding mewarna yang diadakan pada hari tersebut.Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penduduk Kg. Sg. Balak yang datang bersama2 keluarga bagi memeriahkan acara tersebut.
Tahniah to my sister n geng! Moga2 dapat markah tinggi untuk usaha dan kerja keras anda semua.

Part 2 - Other photos from the event.

2 comments:

  1. huhu...tq bg ngah for coming!!
    xtau lagi dpt markah tinggi ke x...
    prof just cakap ok je..
    huhu..
    pasni kena fokus tuk exam plak..
    adei, byk lagi xcover ni..

    ReplyDelete
  2. thanks to bangah rusha!!!
    hahaha
    best r,stp kali event kiteorg mst je ada..wee~

    -mimi

    ReplyDelete