Monday 31 May 2010

Jalan2 cari makan di Kota Kinabalu

Tarikh: 20 Mei 2010
Aktiviti: Jalan2 cari makan
Lokasi: Pasar malam, Kota Kinabalu, Sabah

Matahari terbenam di Kota Kinabalu.

Jumaat lepas, aku dan isteriku pagi2 lagi dah ke pasar Kajang yang dah lama aku tak pergi. Sambil2 beli barang dapur yang diperlukan, sempat la aku survey harga ikan kat situ. Pas apek tu bagitau harga ikan kembong sekilo RM13, terus aku teringat minggu lepas masa aku ronda2 kat pasar malam di belakang pasar Kraftangan (atau lebih dikenali sebagai pasar Filipina), di Kota Kinabalu, Sabah.

Peniaga barang2 kering, cili2 padi dan pelbagai lagi.

Hari tu, lepas kami siap beli hasil2 laut kering, siap ngan minum air kelapa muda, hari pun dah senja, perut terasa lapar. Jadi, kami pun ke pasar tersebut, betul2 di belakang gerai2 yang menjual ari kepala muda dan makanan2 Sabah. Mula2 terdapat deretan peniaga barang2 kering.

Peniaga buah2an tempatan.

Kemudian, ada terdapat deretan peniaga2 buah2an tempatan. Barisan seterusnya pulak, tersusun meja2 jualan sayur2an.

Peniaga sayur2an.

Di dua barisan terakhir berhampiran tepi laut, kedengaran riuh rendah peniaga melaung2kan barangan yang dijual. Kami pun terus menghala ke barisan tersebut dan rupanya terdapat deretan peniaga2 ikan2 segar. Sepanjang deretan tersebut, terdengar laungan peniaga2 ikan tersebut mempromosikan ikan2 mereka, saling berlawan2 antara satu sama lain.

Deretan peniaga2 ikan segar.

Penjual ikan kembung dan ikan sardin.

Memang benar, Sabah kaya dengan hasil lautannya yang benar2 segar dan murah2 belaka. Bayangkan ada yang menjual ikan kembung semurah RM1 sekilogram dan kerapu selonggok (bersaiz sedang sebanyak lima ekor) hanya RM5 sahaja! Argh!!! Sakit kepala dibuatnya bila tengok murah2 gila ikan2 kat sini, huhuhu.....

Peniaga pelbagai2 jenis ikan termasuk kerapu, ikan putih dan macam2 lagi ikan yang tak dikenali.

Peniaga ikan tongkol.

Antara Anak2 muda yang mengendali gerai ikan2 segar.

Dah puas ronda2, perut pun makin lapar, kami pun bergerak ke deretan penjual2 makanan bersebelahan dengan gerai2 ikan tadi. Kat sini ada gerai2 kepak ayam panggang....

Deretan peniaga2 kepak ayam panggang.

peniaga2 ikan2 segar yang dibakar dan juga makanan2 goreng serta bersup.

Peniaga ikan bakar.

Tanpa membuang sama, dengan mata yang rambang dan perut yang dah lapar, kami pun pilih aje dari gerai ni...

Ikan2 yang telah dibakar dah sedia untuk dipilih oleh pelanggan.

Dah abih pilih apa yang nak dimakan, kami disuruh duduk di meja2 penjual air untuk duduk makan dan pilih minuman masing2 serta order nasi kosong. Lepas beberapa minit, makanan yang dipilih pun sampai...

Ikan belais dan sotong bakar yang dipilih

Fuh, memang segar dan sedap ikannya. Cuma sotongnya terasa macam kurang masak, mentah di bahagian dalam. Agaknya, rasa tu yang membantutkan selera. Tak sampai separuh ikan tu dimakan, dah tak larat nak makan, sebab kenyang pun ada. Pastu, tengah memikirkan camne nak perabihkan ABC ni...

ABC with mixed fruit bertoppingkan avocado.

Rasanya memang sedap sekali, mmm, yummyy....!!! Jadi, lain kali kalu kengkawan dtang ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah ke pasar malam ni untuk mencuba ikan bakar dan ABC mixed fruit ini. Dan juga, jangan lupa pesan pada peniaga ikan bakar untuk pastikan ikan yang dibakar betul2 masak...

No comments:

Post a Comment