Tarikh: 22 Mei 2010
Aktiviti: Photo-Essay ShootOut
Lokasi: Kuala Lumpur (Chow Kit to Jalan TAR area)
Acara kali ni di kelolakan oleh Sony dengan kerjasama Studio Zaloon (Sony Pro-Shop). Kami dibahagikan kepada 3 orang setiap kumpulan secara rawak dan diberi masa dari jam 11 pagi hingga 4 petang untuk menghasilkan 6 gambar terbaik bagi tema 'Uniquely KL'. Team aku yg ke-10, dipadankan dengan Mahzan (gambar di bawah) dan Ronald, warga Filipina (lupa nk amek gmbr dia plak).
Mahzan (ketua kumpulan 10)
Setelah berbincang dkt kedai mamak di J. Raja Laut, kami tetapkan untuk cover dari area Chow Kit termasuk pasarnya hingga ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, inilah hasil 'tangkapan' aku.
Sementara menuju ke Chow Kit, sempat gak kami ambil gambar2 dekat Jalan Raja Laut dan Lorong Haji Taib.
Setelah berbincang dkt kedai mamak di J. Raja Laut, kami tetapkan untuk cover dari area Chow Kit termasuk pasarnya hingga ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, inilah hasil 'tangkapan' aku.
Sementara menuju ke Chow Kit, sempat gak kami ambil gambar2 dekat Jalan Raja Laut dan Lorong Haji Taib.
Seorang nenek tua sedang duduk di depan kedai perabut rotan di Jalan Raja Laut sambil merenungkan masa depannya agaknya
Dekat kawasan lorong Hj. Taib ni, memang tak leh lepak lama, brader2 kat situ siap renung lama kat kami, so, kami pun angkat kaki, terus keluar dari area tu pergi ke Chow Kit Road.
Masa ambil gambar ni dekat jejantas atas Chow Kit Road, aku siap kene marah. So, aku say sorry dan cepat2 cabut dari situ... camne pun, sempat gak snap gambar kt bawah ni...
View Chow Kit Road dari jejantas.
Turun jek dari jejantas, terus sambung shoot. Berikut gambar2 yg sempat diambil sekitar depan2 kedai Jalan Chow Kit, sebelum kami masuk pasar.
'Abang dah dekat 3 tahun hidup tak berumah, kerja baiki kasut. Malam2 abang tumpang tido kat kedai atau umah orang kat belakang tu...'
Tukang kilat barang kemas.
Sampai je kat pasar Chow Kit kami, kami mendekati brader ni. Katanya, dia boleh kilatkan barang2 kemas yang lama jadi nampak baru. Mahzan pun try kilatkan cincin suasa dia. Pergh...dgn bermodalkan RM3, berkilat cincin kesayangan Mahzan tu. impress tu... Nak cuba? Datang le ke Pasar Chow Kit...
Keputusan dibuat setelah hampir jam 6 petang. Walaupun tak menang pape, aku puas hati dapat ronda2 sambil melihat suasana dan ragam pelbagai manusai di sekitar Jalan Raja Laut, Lorong Haji Taib, Chow Kit dan Jalan TAR.
Gambar best menunjukan kehidupan golongan bawahan di KL. Gambar gerai nyonya dan dari atas semua house adalah kegemaran saya. Komposisi yang bagus belaka. Usaha lagi!
ReplyDelete