Monday 31 May 2010

Jalan2 cari makan di Kota Kinabalu

Tarikh: 20 Mei 2010
Aktiviti: Jalan2 cari makan
Lokasi: Pasar malam, Kota Kinabalu, Sabah

Matahari terbenam di Kota Kinabalu.

Jumaat lepas, aku dan isteriku pagi2 lagi dah ke pasar Kajang yang dah lama aku tak pergi. Sambil2 beli barang dapur yang diperlukan, sempat la aku survey harga ikan kat situ. Pas apek tu bagitau harga ikan kembong sekilo RM13, terus aku teringat minggu lepas masa aku ronda2 kat pasar malam di belakang pasar Kraftangan (atau lebih dikenali sebagai pasar Filipina), di Kota Kinabalu, Sabah.

Peniaga barang2 kering, cili2 padi dan pelbagai lagi.

Hari tu, lepas kami siap beli hasil2 laut kering, siap ngan minum air kelapa muda, hari pun dah senja, perut terasa lapar. Jadi, kami pun ke pasar tersebut, betul2 di belakang gerai2 yang menjual ari kepala muda dan makanan2 Sabah. Mula2 terdapat deretan peniaga barang2 kering.

Peniaga buah2an tempatan.

Kemudian, ada terdapat deretan peniaga2 buah2an tempatan. Barisan seterusnya pulak, tersusun meja2 jualan sayur2an.

Peniaga sayur2an.

Di dua barisan terakhir berhampiran tepi laut, kedengaran riuh rendah peniaga melaung2kan barangan yang dijual. Kami pun terus menghala ke barisan tersebut dan rupanya terdapat deretan peniaga2 ikan2 segar. Sepanjang deretan tersebut, terdengar laungan peniaga2 ikan tersebut mempromosikan ikan2 mereka, saling berlawan2 antara satu sama lain.

Deretan peniaga2 ikan segar.

Penjual ikan kembung dan ikan sardin.

Memang benar, Sabah kaya dengan hasil lautannya yang benar2 segar dan murah2 belaka. Bayangkan ada yang menjual ikan kembung semurah RM1 sekilogram dan kerapu selonggok (bersaiz sedang sebanyak lima ekor) hanya RM5 sahaja! Argh!!! Sakit kepala dibuatnya bila tengok murah2 gila ikan2 kat sini, huhuhu.....

Peniaga pelbagai2 jenis ikan termasuk kerapu, ikan putih dan macam2 lagi ikan yang tak dikenali.

Peniaga ikan tongkol.

Antara Anak2 muda yang mengendali gerai ikan2 segar.

Dah puas ronda2, perut pun makin lapar, kami pun bergerak ke deretan penjual2 makanan bersebelahan dengan gerai2 ikan tadi. Kat sini ada gerai2 kepak ayam panggang....

Deretan peniaga2 kepak ayam panggang.

peniaga2 ikan2 segar yang dibakar dan juga makanan2 goreng serta bersup.

Peniaga ikan bakar.

Tanpa membuang sama, dengan mata yang rambang dan perut yang dah lapar, kami pun pilih aje dari gerai ni...

Ikan2 yang telah dibakar dah sedia untuk dipilih oleh pelanggan.

Dah abih pilih apa yang nak dimakan, kami disuruh duduk di meja2 penjual air untuk duduk makan dan pilih minuman masing2 serta order nasi kosong. Lepas beberapa minit, makanan yang dipilih pun sampai...

Ikan belais dan sotong bakar yang dipilih

Fuh, memang segar dan sedap ikannya. Cuma sotongnya terasa macam kurang masak, mentah di bahagian dalam. Agaknya, rasa tu yang membantutkan selera. Tak sampai separuh ikan tu dimakan, dah tak larat nak makan, sebab kenyang pun ada. Pastu, tengah memikirkan camne nak perabihkan ABC ni...

ABC with mixed fruit bertoppingkan avocado.

Rasanya memang sedap sekali, mmm, yummyy....!!! Jadi, lain kali kalu kengkawan dtang ke Kota Kinabalu, jangan lupa singgah ke pasar malam ni untuk mencuba ikan bakar dan ABC mixed fruit ini. Dan juga, jangan lupa pesan pada peniaga ikan bakar untuk pastikan ikan yang dibakar betul2 masak...

Friday 28 May 2010

Free Buffet Chocolate

Tarikh: 28 Mei 2010
Aktiviti: Free Chocolate Buffet
Lokasi: Kilang Beryl's, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Yes! Chocolate attack has come. Pagi2 lagi aku dan the other half dah kuar g kilang Beryl's ni dkt2 umah aku. Punyala terkejut, sampai2 aje dah berderet kereta beratur luar kilang tu. Masuk2 je berderet2 orang dah beratur nak jamu buffet coklat. Sebab dah kalut2 nak beratur, lupa plak nak snap gambar ramainya orang dalam tu..
Di dalam, disediakan dua meja buffet: coklat yang dijual dalam kotak dan juga coklat buatan tangan (yang ni eklusif sket dan sedap). Apa lagi, kami susun strategi supaya tak buang masa, masing2 beratur di meja yang berasingan.... Kat dalam tu pun ada diadakan jualan coklat buatan Beryl's termasuk diskaun. Macam2 coklat ada...

Dah dapat hasil, kami terus balik, nk buat 'post mortem', pilih mana yg sedap, pasni baru datang balik beli yang berkenan jek...Dan inilah hasil yang dibawa pulang.... MMMM... Yummy!!!!










Sunday 23 May 2010

Sony Photo-Essay Shootout

Tarikh: 22 Mei 2010
Aktiviti: Photo-Essay ShootOut
Lokasi: Kuala Lumpur (Chow Kit to Jalan TAR area)

Acara kali ni di kelolakan oleh Sony dengan kerjasama Studio Zaloon (Sony Pro-Shop). Kami dibahagikan kepada 3 orang setiap kumpulan secara rawak dan diberi masa dari jam 11 pagi hingga 4 petang untuk menghasilkan 6 gambar terbaik bagi tema 'Uniquely KL'. Team aku yg ke-10, dipadankan dengan Mahzan (gambar di bawah) dan Ronald, warga Filipina (lupa nk amek gmbr dia plak).

Mahzan (ketua kumpulan 10)

Setelah berbincang dkt kedai mamak di J. Raja Laut, kami tetapkan untuk cover dari area Chow Kit termasuk pasarnya hingga ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, inilah hasil 'tangkapan' aku.

Sementara menuju ke Chow Kit, sempat gak kami ambil gambar2 dekat Jalan Raja Laut dan Lorong Haji Taib.

Seorang nenek tua sedang duduk di depan kedai perabut rotan di Jalan Raja Laut sambil merenungkan masa depannya agaknya

Seorang makcik terlena ditembok sebuah kedai di Lorong Hj. Taib

Dekat
kawasan lorong Hj. Taib ni, memang tak leh lepak lama, brader2 kat situ siap renung lama kat kami, so, kami pun angkat kaki, terus keluar dari area tu pergi ke Chow Kit Road.

Sebuah kedai emas lama di Chow Kit

Mana la pelanggan tak singgah2 kedai aku ni...

Apasal ambil gambar saya? Mau kene ke?

Masa ambil gambar ni dekat jejantas atas Chow Kit Road, aku siap kene marah. So, aku say sorry dan cepat2 cabut dari situ... camne pun, sempat gak snap gambar kt bawah ni...

View Chow Kit Road dari jejantas.

Turun jek dari jejantas, terus sambung shoot. Berikut gambar2 yg sempat diambil sekitar depan2 kedai Jalan Chow Kit, sebelum kami masuk pasar.

Seorang pekerja warga asing sedang mengangkut barang.

Salah seorang tukang kasut jalanan.

'Abang dah dekat 3 tahun hidup tak berumah, kerja baiki kasut. Malam2 abang tumpang tido kat kedai atau umah orang kat belakang tu...'

Antara pandangan di belakang Jalan Chow Kit

Tukang kilat barang kemas.

Sampai je kat pasar Chow Kit kami, kami mendekati brader ni. Katanya, dia boleh kilatkan barang2 kemas yang lama jadi nampak baru. Mahzan pun try kilatkan cincin suasa dia. Pergh...dgn bermodalkan RM3, berkilat cincin kesayangan Mahzan tu. impress tu... Nak cuba? Datang le ke Pasar Chow Kit...

Pasangan ini sedang tawar menawar ketika membeli barang dapur dari nyonya ni.

Pandangan di dalam pasar, di bahagian basah.

Pandangan di luar pasar Chow Kit, di Jalan Raja Alang.

Penjual buah2an di tepi Jalan Raja Alang.

Seorang warga Indonesia sedang membuat panggilan, berlatarkan promosi panggilan ke Indonesia

Landasan Monorail sepanjang Jalan Chow Kit

Iklan wayang Hindi, di luar panggung Odean.

Pandangan pasar malam di belakang Jalan TAR diambil dari dari Semua House.

Pandangan dari tengah2 pasar malam Jalan TAR.

Seniman orang kurang upaya di depan pasaraya Globe

Keputusan dibuat setelah hampir jam 6 petang. Walaupun tak menang pape, aku puas hati dapat ronda2 sambil melihat suasana dan ragam pelbagai manusai di sekitar Jalan Raja Laut, Lorong Haji Taib, Chow Kit dan Jalan TAR.