Thursday 28 May 2009

KLIA Golden Lounge Domestic Review

Buat pertama kali aku berpeluang naik Business Class MAS semasa trip kerja aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Itupun tiket upgrade lepas tolak 15,000 Enrich points yang aku kumpul selama lebih 5 tahun. Dengan Business Class, aku dapat le check-in dekat kaunter khas untuk Business dan 1st Class yang kurang sesak berbanding dengan kaunter Economy Class di KLIA.

Lepas siap jek check-in yang tak sampai 10 minit menunggu, aku pun terus ke Golden Lounge Domestic untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan. Lounge tersebut letaknya di sebelah pintu2 berlepas A, terminal utama KLIA.

Sebelum dibenarkan masuk, aku kene tunjuk boarding pass pada penyambut tetamu lounge tu. Takda pass, tak boleh masuk...

Menepati namanya, setting dalam lounge tersebut menjurus kepada business travellers dengan bahan2 bacaan dan akhbar2 perniagaan dan kewangan. Bagaimanapun ada juga akhbar2 harian dan majalah seperti Men's Health dan Reader's Digest etc. TVnya plak diaorang pasang CNN. Bosannya....













Sementara tu pulak view kat luar lounge ni berlatar belakangkan sekitar kawasan parking, satelit terminal untuk flight antarabangsa dan juga airport runaway.




Yang best dalam Lounge ni tak lain tak bukan makanan dan minuman, free flow. Dari nasi lemak,cereal dan yogurt, hinggalah ke pastries dan sandwich. Airnya pun macam2 ada, jus, soft drink, coffee, tea, sebut aje....
Last sekali, pas dah penat makan, boleh la lepak2 atas kerusi urut yang ada kat dalam lounge ni. Samada nak urut kaki, belakang atau full body, terletak pada selera anda... Memang best.....

5 comments:

  1. Amboi.. Naik business bang....

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala jek, hehehe....

    ReplyDelete
  3. hehe..i pun dah penah. tapi sekali je, yg best tu siap tapau roti dlm tisu.bestnyer dpt makan free..aku memang tak malu..

    ReplyDelete
  4. muahahaha.. Tapau2 tu pernah gak buat... especially buah2 epal merah masak ranum tu...

    ReplyDelete
  5. isk bila la nk merasa naik business class...sgt kelassssssssssss uu

    ReplyDelete