Saturday 20 November 2010

Jalan-jalan Cari Lembu Korban

Tarikh: 13 November 2010
Aktiviti: Cari lembu korban saat2 akhir
Lokasi: Kandang Aqiqah Nasional, Desa Mahkota, Bangi.

Kandang kambing dan lembu Aqiqah Nasional

Beberapa hari sebelum Aidiladha baru2 ni, kami adik-beradik buat keputusan last minit nk sertai korban. Memandangkan dah hampir raya, kami kene uruskan sendiri pemilihan lembu dan penghantaran. Lepas usha2 Internet, terjumpa la portal Aqiqah Nasional ni.(http://www.aqiqahnasional.net/v3/default.asp)

Portal Aqiqah Nasional

Lepas hubungi pengusahanya, Abg. Aji, kami telah pergi ke kandangnya di Desa Mahkota, Bangi untuk melihat dan memilih sendiri lembu yang hendak dikorbankan. Berikut adalah gambar2 semasa kami di sana

Hanya lembu2 ini saja yang tinggal beberapa hari sebelum raya.

Lembu yang dipilih berwarna putih dan sedang merenung ke arah kami.

Abg Aji dan pekerja sedang cuba meletakkan tali penanda pada lembu yg kami pilih

Perbincangan penghantaran

Anak Abg Aji sedang menyediakan air minuman untuk lembu korban

Baka kambing berwarna perang sedang merenung aku






2 comments:

  1. Assalamulaikum... terima kasih kerana sudi melawat kandang kami. Kandang kami tidak seindah kandang-kandang pengusaha lain kerana kami baru saja jatuh dan kerugian hampir rm300,000 ribu.

    Sekarang kami 'running' dalam 'negative mood', namun dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia alhamdulilah, dan insyaAllah kami akan menuju ke 'positive mood' secepat mungkin.

    Asas perniagaan kami adalah Keberkatan Bukannya Keuntungan, maksudnya kami meletakkan KEBERKATAN di hadapan dan KEUNTUNGAN di belakang. Dengan ini saya mengharapkan ayah-ayah, bapa-bapa yang baru mendapat cahaya mata, cepat-cepatla laksanakan AQIQAH anak tersebut kerana ianya adalah Sunnat Muaakad, moga anak-anak akan membesar dengan penuh KEROHANIAN..Saya akan laksanakan Program Berkongsi Lembu Aqiqah Seluruh Dunia, insyaAllah dalam hujung tahun ini..Pesanan saya..kalau boleh suruh isteri beranak tiap-tiap tahun, supaya tiap-tiap tahun boleh buat AQIQAH..Abg Aji..

    ReplyDelete